Jika ciri-ciri berkenaan diabaikan, biarpun mempunyai kemahiran, ia bakal membantutkan setiap cita-cita dan usaha yang dilakukan.
Itu petua dan pendapat yang diamalkan oleh Hazlina Puspa Hassan, 39, yang lebih senang bekerja sendiri di rumah sejak awal pembabitan beliau dalam dunia pekerjaan.
Hazlina yang bekerja di rumah menerusi syarikatnya sendiri, Cradle Communications Malaysia, menguruskan hal-hal berkaitan pemasaran, pengiklanan, promosi, kempen, penyusunan penjenamaan, strategi perhubungan awam, sidang akhbar, pembangunan teknologi, internet, penerbit rancangan malaysia @ tv dan sebagainya.
``Sebenarnya ramai golongan ibu yang ingin bekerja dari rumah memandangkan kedudukan mereka yang berdekatan dengan anak-anak, senang mengendalikan rumah tangga, tidak terikat dan boleh memantau perkembangan kendiri.
``Malah, sejak bertahun saya senang bekerja sendiri kerana komitmen yang tinggi dalam hal-hal tugasan memandangkan saya sesuai dengan cara kerja yang pantas dan sukakan cabaran dalam menguruskan kerjaya saya,'' katanya yang suka dengan pekerjaan yang memberikan kepuasan dan imej yang tersendiri.
Memiliki Ijazah dalam bidang Sistem Maklumat Komputer dan Komputer Sains dari Universiti Drake, Amerika Syarikat, wanita ini sebelum ini pernah bertugas di syarikat-syarikat berteknologi tinggi dalam bidang pemasaran, termasuk di Institut Terjemahan Negara Malaysia.
``Apabila saya bekerja di bawah syarikat-syarikat ini saya dapati tiada yang terlalu mencabar bagi saya, sedangkan saya seorang yang pantas dan sukakan cabaran.
``Saya berhenti kerja dan seterusnya menubuhkan syarikat sendiri,'' kata ibu yang mempunyai sepasang cahaya mata ini.
Komitmen
Sesungguhnya beliau bertuah kerana sebelum memulakan kerja dari rumah, beliau telah mempunyai banyak senarai contact, malah beliau juga seorang ketua atau pemimpin teknologi untuk Asia Tenggara di bawah syarikatnya dari segi strategi pemasaran dan perhubungan tersendiri yang diguna pakai oleh banyak syarikat-syarikat di Asia Pasifik.
Menyediakan sudut khas yang dijadikan pejabat di rumahnya di Desa Melawati, Kuala Lumpur, beliau turut keluar rumah berjumpa dengan pelanggan yang memerlukan khidmat syarikatnya berbekalkan komputer riba.
Antara syarikat-syarikat besar yang mendapatkan khidmat syarikatnya ialah Hewlet Packard, Storagetek South Asia, People Soft Asia dan banyak lagi.
``Sebelum berumah tangga, saya sebenarnya mempunyai komitmen yang tinggi terhadap kedua-dua ibu bapa saya dari segi penjagaan dan pemeriksaan kesihatan di hospital.
``Apabila bekerja sendiri seperti ini saya rasa lebih senang untuk menguruskan mereka tanpa memerlukan orang menggantikan saya dan sebagainya,'' katanya yang berasal dari Johor Bahru, Johor.
Kini setelah berumah tangga, peluang bekerja sendiri memberikan beliau lebih banyak masa bersama anak-anak, menguruskan rumah tangga dan sebagainya, tambahan pula beliau tidak pernah mengambil pembantu rumah untuk menguruskan rumah tangga.
Anak-anak beliau, Balqis Putry, 5, dan Adam Fariz Putra, 3 serta suami, Mohd. Hisham Mohd. Junid, 41, seorang perunding pembangunan perniagaan, turut menjadi pendorong beliau bekerja dari rumah.
Bermula sejak awal pagi, Hazlina akan bangun menyediakan kemudahan anak-anak ke sekolah dan kemudian menghantar anak-anak ke taman asuhan kanak-kanak, sebelum menjemput kembali pada petang hari.
``Bermula 8.30 pagi saya akan menghadap komputer dan bekerja sebagaimana orang-orang lain, memenuhi temujanji bermesyuarat dan sebagainya... bezanya saya berada di rumah.
``Dalam pada itu saya boleh ke sekolah anak-anak, menyaksikan mereka berteater atau persembahan, melakukan penyelidikan yang diperlukan oleh guru-guru sekiranya diperlukan... bebas untuk melakukan apa sahaja berpandukan jadual sendiri tanpa sekatan daripada orang lain,'' katanya.
Beliau juga akan cuba menghasilkan hanya yang terbaik dalam setiap perkhidmatan yang diperlukan oleh para pelanggannya dan tidak terlalu tamak dengan mengambil semua tawaran tetapi akhirnya tidak terdaya untuk melakukannya.
Oleh Rosmah Dain
Utusan Melayu (www.utusan.com.my )
16 SEP 2005
Yes..
ReplyDeleteinfo yang bagus..
sebagai pembakar semangat bagi yang ingin kerja dari rumah.. mmg betul ckp dia, kerja dari rumah satu kepuasan.. Tahniah coz menjadi salah sorang wanita yang berjaya kerja di rumah.. :D
Adios,
Kerja Sambilan