Thursday, September 18

Kempen Penglobalisasian Keusahawanan (Entrepreneurs: take on the world!)


Sebuah program kempen berskala global untuk keusahawanan akan tiba dalam bulan November dan seluruh rakyat Malaysia juga diajak untuk bersama-sama menjayakannya. Minggu Keusahawanan Global 2008 (“Global Entrepreneurship Week – GEW 2008”) yang sulung ini adalah acara terbesar dunia untuk merayakan dan menggalakkan cetusan inovasi, budaya keusahawanan dan percambahan kreativiti secara global.

GEW yang ditaja diperingkat antarabangsa oleh NYSE Euronext, IBM dan Ernst & Young adalah hasil perkongsian usahasama Yayasan Ewing Marion Kauffman di Amerika Syarikat dan Kempen Make Your Mark di United Kingdom, yang mana kedua-duanya telah menganjurkan acara keusahawanan seminggu di kedua-dua negara terbabit.

Sehingga kini, lebih daripada 70 organisasi dari 60 negara akan terlibat dalam GEW yang dijangkakan akan menarik penyertaan daripada jutaaan belia dan remaja di seluruh dunia.
Pihak penganjur menjangkakan lebih banyak negara akan turut serta tak lama lagi.

“Kita kini hidup dalam detik yang paling dipenuhi dengan keusahawanan.”, kata Carl Schramm, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kauffman Foundation.

“Dengan membantu para usahawan muda untuk meneroka kaedah-kaedah keusahawanan yang baru, melalui media dan teknologi baru yang lebih diterima mereka, meraka akan mampu membina hubungan yang perlu untuk terus meningkatkan kemakmuran dunia. Minggu Keusahawanan Global adalah sebuah langkah besar ke arah ini.”

Warisan Global Sdn Bhd selaku hos di peringkat Malaysia akan mengumpulkan rakan usahasama tempatan dan menyelia acara-acara dan aktiviti-aktiviti keusahawanan sepanjang minggu tersebut (17-23 NOVEMBER 2008).

Tumpuan utama GEW ialah pelbagai acara-acara yang akan diadakan di peringkat antarabangsa, nasional dan kedaerahan yang akan melibatkan para usahawan dan bakal usahawan muda berkenaan dengan pelbagai aspek keusahawanan.

Di Malaysia, rakan usahasama yang telahpun mengesahkan penganjuran acara masing-masing untuk GEW termasuklah Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Persatuan Usahawan ICT Pulau Pinang (ICT Penang), Gabungan Pusat-pusat eKomuniti Pulau Pinang (GPeK), MCA ICT Resource Centre (MiRC), Persatuan Teknousahawan Malaysia (TeAM), Cradle Investment Programme, Ideapreneur.net dan institusi-institusi pengajian tinggi termasuk Universiti Putra Malaysia (UPM).

Ketua Pegawai Eksekutif Warisan Global, Dhaksinamoorty Balakrishnan berkata, “Kami menjemput lebih banyak organisasi khususnya kolej-kolej dan universiti-universiti untuk lebih terlibat dalam menjayakan GEW 2008.”

Untuk organisasi yang berminat untuk menganjurkan acara atau menaja sebarang acara yang telah diaturkan untuk Minggu Keusahawanan Global Malaysia bolehlah menghubungi Warisan Global melalui emel (gew@warisanglobal.com) atau melawat laman sesawang www.gewmalaysia.com (Malaysia) atau www.unleashingideas.org (Global).

Sunday, September 7

Jamuan Iftar (Berbuka Puasa) Ramadan 1429H ICT Penang 2008 (16sep08)

Bersempena dengan Hari Malaysia 2008 dan malam Nuzul al-Quran 1429H, pihak Persatuan Usahawan ICT Pulau Pinang akan mengadakan jamuan berbuka (iftar) seperti yang diwartakan di bawah... (CLICK IMAGE TO VIEW LARGER SIZE)


CO-ORGANIZERS/SUPPORTERS:-

  1. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP)
  2. EventBrite.com
  3. Gabungan Pusat e-Komuniti Pulau Pinang (GPeK)
  4. Invest-in-Penang Bhd
  5. NWC.com Sdn Bhd
  6. Penang Development Corporation (PDC)
  7. Smart Lab Sdn Bhd
  8. TechBiz Penang
  9. TechPenang.com
  10. Universiti Sains Malaysia (USM)
  11. WebPod DotCom / 1oasis.net
  12. Whiz Technology Sdn Bhd
  13. Hamba-hamba Allah...

Jemput hadir!

Wednesday, September 3

Anda Dahaga di Bulan Puasa?

Hehe, guys... Enjoy the slide below entitled "Thirst" (MALAY: "Dahaga" or "Haus"), selected as World's Best Presentation at SlideShare.net.




From SlideShare's Blog:

THIRST by Jeff Brenman, a beautiful presentation on the impending water shortage across the world was unanimously chosen by the judges as the best presentation in the contest.

What the judges had to say: “Creative, world subject, very clear and persuasive, most professional, great show and great design”


More winning works here:
http://www.slideshare.net/contest/results-2008

Latest Feeds

Pajama Enterprise

Pajama Reading

Latest Malaysia Feeds

Micro Jobs

Pajamanation

Watch this!