Saturday, April 7

Ekologi Ekonomi Kemajikanan

Annahita sedang mengenalpasti seseorang untuk membuat laman web peribadinya. Beego mecari seorang yang mahu membayarnya untuk membuat laman web. Siti nak mulakan jualan kad ucapan melalui Internet. DJ Dave pakar dalam penyediaan perniagaan melalyu Internet dan ingin menawarkan kepakarannya kepada mereka yang mahu menjalankan perniagaan sedemikian. Keempat-empat individu ini telah membuat keputusan untuk memecat bos mereka dan memulakan perniagaan sendiri. Mereka berkerja dari rumah, dan menjadi tuan diri sendiri.

Inilah apa yang Pajamanation sediakan. Ia ialah sebuah pasaran untuk 'pekerja pajama' di mana tugasan mikro dijualbeli.

Tugasan mikro adalah tugasan-tugasan atau projek kecil yang lazimnya mengambil masa kurang daripada seminggu, dan diinboiskan oleh pekerja pajama. Pekerja Pajama adalah pekerja di rumah yang melanggan Pajamanation® dan biasanya tergolong dalam kategori pekerja berilmu.

Kini, ada gangguan besar atas keseimbangan dalam pasaran kerja: dunia pencari kerja semakin pudar dan pekerjaan semakin hilang ataupun berkurangan. Ekologi ekonomi yang baru dan mencabar semakin menyerlahkan tamparannya. Insan yang telah kehilangan pekerjaannya atau yang menamatkan keinginan untuk bekerja untuk badan korporat sedang membina dunia baru kemajikanan yang mana setiap mereka menyediakan tugasan mereka sendiri dan berhubung melalui fiber kelajuan tinggi supaya mereka boleh menjalankan tugasan rumit yang mungkinn juga memberikan cabaran untuk sesetengah tugasan yang dilaksanakan oleh badan-badan korporat besar. Di Pajamanation®, kami percaya yang ekologi ekonomi kemajikanan akan menggantikan sebahagian daripada dunia pekerja bergaji dan kami ramalkan yang sebahagian besar penduduk dunia akan menikmati masa depan dengan berkerja untuk diri sendiri.

--
adaptasi daripada blog Pajamanation.com

No comments:

Post a Comment

Latest Feeds

Pajama Enterprise

Pajama Reading

Latest Malaysia Feeds

Micro Jobs

Pajamanation

Watch this!