Jika ada pilihan lain kepada ibu-ibu yang tinggal di rumah dan yang bekerja di luar,bekerja dari rumah adalah satu pilihan tersendiri untuk kedua-dua golongan ini.Ibu yang bekerja dari rumah membuat pilihan yang terbaik,kerana dia boleh menghabiskan masa bersama anak-anak, dan disamping itu merasai keseronokan bekerja yang memberikan ia kepuasan diri dan sumber kewangan.Dengan kemajuan telekomunikasi dan teknologi,adalah mudah untuk memulakan pejabat di rumah dan mengendalikan kerja-kerja dari sana.Bagaimanapun, sebelum mengambil keputusan anda perlu memikirkan jenis tugas yang akan dijalankan kerana ini suatu pilihan baru dan mempunyai risiko.Namun tren ini semakin berkembang dan semakin ramai wanita dan juga lelaki menerima perubahan ini oleh kerana ia memberi mereka lebih kebebasan serta kawalan keatas keutamaan dan pilihan mereka.
Dalam bukunya 'Marketing for the Home-based Business',Jeff Davidson memberi empat faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perniagaan dari rumah.
1.Ledakan dalam teknologi maklumat - Komputer peribadi,faktor utama dibelakang ledakan perniagaan dari rumah,diikuti oleh lain-lain peralatan pejabat yang semakin mampu dibeli,membuatkan amat mudah mengadakan pejabat di rumah.
2.Keadaan ekonomi yang tidak selamat - Ini adalah perkara kedua yang mendorong kepada pertumbuhan perniagaan dari rumah.Keadaan ini dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti persaingan global,percantuman syarikat-syarikat,pengecilan syarikat-syarikat dan muflis,yang mana dialami oleh semua termasuk syarikat-syarikat antarabangsa yang dulunya dianggap sebagai 'paling kukuh".
3.Demografik yang berubah - Tugas pengurusan korporat akan dihapuskan menjelang tahun 2010, namun Davidson meramalkan ia akan dikurangkan sebanyak dua pertiga atau lebih.Satu pertiga atau lebih daripada pekerja-pekerja ini akan memulakan perniagaan dari rumah.Jumlah pesara dan wanita yang melibatkan diri dalam perniagaan dari rumah juga kian bertambah.
4.Pembentukan semula keluarga - Mengikut Davidson,ibubapa dan ibu atau bapa tunggal mengadakan pejabat di rumah bagi membantu mereka mengimbangi urusan kerja dan penjagaan anak-anak.Dia berkata ramai yang bersikap perintis, mencipta peraturan-peraturan baru untuk memastikan kehidupan seharian serta pekerjaan berjalan seiring.
Pilihan untuk bekerja dari rumah menghasilkan harapan baik kerana ia lebih berupaya untuk memenuhi keinginan kita untuk memiliki kehidupan berkeluarga yang lebih seimbang.Bagaimanapun,jika kita tidak membuat garis pemisah diantara pekerjaan dan kehidupan,kita tetap akan menghadapi pelbagai masalah seperti tidak tahu bila untuk berhenti.
Pilihan-Pilihan Pekerjaan Dari Rumah
Ini tidak semestinya satu perniagaan dengan erti kata sebenar, kerana banyak aktiviti bukan-perniagaan yang boleh anda lakukan di rumah seperti melukis,menulis,menggunting kertas,fotografi,memain alat muzik,menyanyi,memasak dan kraftangan.Walaupun anda ingin mendapat pendapatan sampingan dari aktiviti tersebut,anda tidak perlu mengubahnya menjadi suatu "perniagaan",kerana apa jua bakat anda,ianya adalah satu aset yang boleh diterjemahkan kepada wang ringgit dari segi mengajar,melatih,ataupun berkongsi pengetahuan.Ini sesuatu yang memberi lebih kepuasan kerana andalah pengeluar "produk" tersebut,tidak seperti menjual produk yang dikeluarkan di kilang-kilang.Perkhidmatan seperti pembekal makanan dan kaunseling boleh juga dilakukan dari rumah.Berikut adalah senarai contoh-contoh pekerjaan yang boleh dijalankan dari rumah.
Anda mungkin mempunyai pendapat sendiri dan menambahkannya ke dalam senarai ini:
perakaunan,merekabentuk bangunan,aroma-terapi, mengasuh kanak-kanak,memperbaiki basikal,penerbitan buku, penasihat kerjaya,mengurus persidangan,merekabentuk komputer, mengaturcara komputer,atau latihan komputer,menjahit pakaian, membuat anak patung,mereka rumah atau pejabat, pusat perkhidmatan e-mel,penasihat e-dagang, menyunting buku,video,audio dan sebagainya,mengutip derma, memasarkan sistem kawalan api,mengimport dan eksport ikan, rekabentuk grafik,pengajar di gim,pelatih gimnastik, mendandan rambut,mencipta hompage,menjual insuran, rekabantuk dalaman,pelaburan,membuat jem,membentuk jed, ejen mencari pekerjaan,membuat layang-layang, melatih kung-fu,mengait,perkhidmatan "latch key", dobi,membuat landskap,tempahan cara mel, mengulas muzik dan tayangan gambar, memasarkan, mencipta atau penasihat multimedia,perkhidmatan jururawat, penasihat pemakanan,menyewa pejabat,pasaran on-line, memelihara burung kasuari,jurugambar, perisik persendirian(lihat:seorang perisik di UK ialah seorang nenek!),pakar piano, membuat 'quilt', membuat 'quiche', mengaudit, membuat tali 'racquet',membuat kajian,menyanyi,tuisyen, ejen pelancongan,menterjemah,mereka dan membuat pakaian seragam, perniagaan pakaian dalam, merancang percutian, membuat pasu, perunding perkahwinan,menulis wasiat,memasarkan peralatan x-ray, membuat kad serta hadiah Krismas,menyusun buku tahunan,mengajar yoga, membuat dadih,mengajar Zen, meramal zodiak, membuat kajian zoologi.
Perniagaan Di Rumah
Bila anda hendak menjadikan kemahiran anda sebagai satu perniagaan, anda perlu menimbang beberapa perkara,terutamanya apa yang jadi tumpuan dan bagaimana hendak memasarkannya dari rumah.Anda mestilah jelas dengan apa yang perlu dilakukan dan hala-tuju anda.
1.Buat kajian keatas apa yang hendak dilakukan.
2.Pastikan wawasan untuk perniagaan anda.
3.Buat satu pelan tindakan dan juga pelan perniagaan.
4.Tetapkan belanjawan anda.
5.Buat satu pelan pemasaran yang baik.
6.Adakan ulasan berkala mengenai kemajuan anda.
SOURCE: FamilyPlace.com.my
No comments:
Post a Comment