Main + Belajar = Tuisyen.Kalau di tadika/taska, mahupun di sekolah rendah, mungkin kita biasa dengan konsep bermain untuk belajar. Kalau takat baca buku, mungkin terlalu membosankan hingga terlentok atau langsung tak ingat apa yang dibaca khususnya untuk pembelajaran berbentuk teknikal atau yang menggunakan matematik/pengiraan.
Masa ambil kelas Finance peringkat Sarjana baru-baru ni pun, saya langsung tak sempat baca satu-satunya buku yang 'dipaksa' oleh penyelia kursus -- kalau di kelas beramai-ramai, barulah baca sedikit. Itupun, kebanyakan sesi perjumpaan lebih diselitkan dengan presentation dari pelajar sendiri. Nasib baik lulus exam. Mungkin tak cukup permainan masa kelas tu!Sesi pembelajaran lanjutan untuk orang dewasa pula kebanyakannya lebih kepada berbentuk seminar mendengar. Kalau di bengkel, mungkin ada aktiviti sedikit untuk peserta. Itupun, selalunya cukup minimum setakat berbincang dan buat persembahan ringkas. Kalau bermain kan 'bes'... ;) Apa yang orang dewasa suka main? Kalau masih muda dan masih di kolej, bolehlah rajin bersukan. Kalau dah lanjut usia tu, dan makin sibuk dengan kerja dan perniagaan, tak ramai yang bersukan sangat. Main orang? Itu lain cerita....
Orang dewasa suka main duit... Ops, berjudi tu lain hal, walaupun memang ramai sebenarnya yang cukup suka bab tu termasuklah memperjudikan wang ringgit untuk pelbagai skim-skim cepat kaya - kes pelaburan 'haram' Internet misalnya baru-baru ni., berpuluh hingga ratusan ribu yang dianggarkan menjadi mangsa. Kecil-kecil dulu saya main Monopoly (atau versi murah tempatan, 'Millionaire'). Saya dan abang akan ulang-alik nak tangga dari Tingkat 5 hingga Tingkat 16 flat setiap petang ke rumah kawan Cina di sekolah rendah hanya sebab dia ada set Monopoly yang agak mahal (mana nak mampu beli masa tu!). Si Chong yang ajar itu-ini. Belajar sikit dah pandai dan boleh ajar abang-abang pula. Lepas tu, belajar main 'Millionaire' pula. Belajar sendiri saja pun dah boleh kali ni, walaupun 'instructions'nya dalam bahasa Inggeris (masa di sekolah rendah, belum mahir bahasa 'omputih' ni). Punya minat main sampai hingar-bingar di rumah pukul 3-4 pagi, sekali tu kena marah dengan kakak. Abis digertaknya papan permainan tu, berterabur dadu dan soldadu serta wang kertas berjuta dolar...
Fast forward sepuluh tahun kemudian, bermulalah era komputer di rumah. Ada PC, ada Mac. Tentulah ada Monopoly versi elektronik. Main jangan tak main... Sorang-sorang pun boleh, lawan dengan komputer, canggih! Boleh ada satu atau lebih rakan maya. Kalau ada rakan manusia, boleh juga 'join' sekali guna network. Dulu pakai wayar LAN, sekarang boleh pakai, eh, tak pakai wayar - wayarles. Dah umur 30-an pun masih mengadap komputer main game Monopoly Deluxe, sampai ke Subuh dengan rakan-rakan sebelah rumah, semua di rumah masing-masing, guna 'Wifi'.
Kini, permainan simulasi semakin canggih. Dalam kelompok Sims Maxis/EA, saya hanya tahu main Simcity dan SimTower. SecondLife pula asyik dengar, tapi belum berkeberanian mencuba. Dah sembilan juta penghuni SecondLife khabarnya. Susah nak 'belajar' permainan-permainan baru/asing. Baru ni pun, pening nak belajar main 'board game' (yang namanya pun dah lupa) dengan kawan-kawan yang menginap di sebuah hotel di Batu Feringhi. Asyik-asyik dengar, 'boring' lah kalau tak 'try'. Tapi nak belajar kat mana? Malulah dengan kawan-kawan kalau asyik kalah.
Penyelesainya, ambil tuisyen! Haha.... Belajar dari dan bermain dengan orang yang tak kenal. Bernas cukup idea ni. En. Hanafi dari
Pusat Tuisyen Harmoni Gemilang di Wangsa Melawati menyediakan peluang ini. Belajar Cashflow 101, ciptaan Robert Kiyosaki, penulis buku 'best-selling' berjudul Rich Dad Poor Dad. Saya dah baca buku tu tahun lepas. Mungkin saya perlu cuba permainan bentang ini. Mungkin saya kena pergi tuisyen...