Friday, March 2

HSBC lancar pembayaran zakat guna Internet

KUALA LUMPUR 1 Mac – HSBC Bank Malaysia Bhd. hari ini melancarkan perkhidmatan baru pembayaran bil menerusi Internet, “Pembayaran Zakat Menerusi Internet”, bagi memudahkan pelanggan beragama Islam membayar zakat melalui perkhidmatan perbankan Internet.

Timbalan Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zarir J. Cama berkata, perkhidmatan itu akan ditawarkan secara kerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor, Pusat Kutipan Zakat dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

HSBC adalah bank antarabangsa pertama di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan seumpama itu, kata beliau semasa pelancaran perkhidmatan “Pembayaran Zakat Menerusi Internet” HSBC di sini, hari ini.

Cama berkata, sebanyak 25 peratus daripada pelanggannya ketika ini adalah orang Islam.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Zakat Selangor, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa berkata, lembaga mengutip zakat berjumlah RM1.915 juta daripada pembayaran menerusi Internet dan RM3.59 juta menerusi ejen pada tahun lepas.


SUMBER: Utusan Malaysia - Korporat (2 MAC 2007)

No comments:

Post a Comment

Latest Feeds

Pajama Enterprise

Pajama Reading

Latest Malaysia Feeds

Micro Jobs

Pajamanation

Watch this!