Monday, October 1

Orang kita tak banyak membaca?

Fakta dalam nombor:-
  • RM1.5B - nilai industri buku di Malaysia (lebih kecil daripada pasaran ayam pedaging)
  • RM27 - purata perbelanjaan untuk membeli bahan bacaan sebulan (kurang daripada kos harian akhbar)
  • 1.98 juta - jumlah pembaca Harian Metro (akhbar tabloid), mengatasi pesaing akhbar arus perdana termasuk Berita Harian (1.22 juta), Berita Minggu (1.45 J), Mingguan Malaysia (1.85 J)
  • 6,500 - judul bukul diterbitkan setahun (kurang daripada 20 sehari) - kurang separuh daripada jumlah yang sewajarnya.
  • 3,000 - jumlah cetakan bulanan untuk majalah Jurnal Pemikir
  • 1,000 - jumlah cetakan untuk buku ilmu.
  • 70% - peratus buku diterbitkan dalam bidang pendidikan (bandingkan dengan 70% buku bacaan awam di Korea Selatan)
  • 7% - peratus buku yang dibeli dibaca sepenuhnya. Lebih 40% langsung tak baca buku-buku tersebut.
  • 6 - bilangan pembaca untuk setiap edaran akhbar berbahasa Melayu, sekurang-kurangnya dua kali lebih banyak untuk akhbar berbahasa Cina atau Inggeris.
  • 3 - bilangan tahun untuk menjual 2,000 cetakan novel serius.
  • 1.5 - bilangan mukasurat buku dibaca oleh rakyat Malaysia setahun secara purata!!
  • 1% - sasaran jualan untuk majalah kepada remaja berumur 15 tahun ke bawah (7.6 juta orang).
Apa sudah jadi? Datuk Johan Jaafar menggesa cadangan untuk penambahbaikan nasib penerbitan berbahasa Melayu...

Hmm..., kalau tabiat membaca kurang, kerajinan menulis pula macam mana?

Ada sesiapa tahu kajian untuk budaya penulisan dikalangan rakyat Malaysia? Untuk yang kurang berminat menulis kerana gusar kurang hasil pendapatan, ketahuilah ramai penulis-penulis di Malaysia hari ini boleh menjanakan pendapatan melebihi RM10,000 sebulan hanya dengan menulis di laman blog atau memasarkan buku digital (ebook) mereka.

Tak reti menulis dengan bahasa yang elok? Penulis blog berbahasa Inggeris yang saya temui di pertemuan Webmasters Malaysia di Pulau Pinang baru-baru ini mendedahkan pendapatan melebihi RM7,000 dalam masa dua minggu dengan penulisan yang caca marba tatahabasanya - kata orang kita ("Manglish").

Takut tak cukup pasaran untuk penulisan berbahasa Melayu? Banyak terbitan buku digital dan laman blog begitu laris dan popular tampaknya, walaupun berbahasa Melayu sepenuhnya. Sekurang-kurang, orang kita rajin membeli walaupun tak rajin membaca... ;) -- lihat nombor 7% di atas.

No comments:

Post a Comment

Latest Feeds

Pajama Enterprise

Pajama Reading

Latest Malaysia Feeds

Micro Jobs

Pajamanation

Watch this!