Tak banyak iklan khidmat masyarakat tahun ini berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini, tapi Petronas yang cukup tersohor dengan iklan-iklan yang selalu membawa mesej penyedaran kembali dengan iklan yang cukup menyentuh hati...
Today - 2007
(Ayah duduk di luar rumah ketika waktu makan, bermenungan...)
Anak mengeluh tapi bersapa dengan lembut: "Abah, kenapa ni? Jom kita naik makan..."
(Bunyi burung berkicauan)
Ayah dengan ceria: "Burung ape tu nak?"
Anak tersengih: "Burung murai."
Ayah dengan selamba: "Burung ape?"
Anak mula rasa meluat lantaran menjawab dengan laju: "Burung murai, Bah."
Ayah 'testing' sekali lagi: "Burung ape?"
Anak: "Burung murai."
Ayah buat muka lawak: "Burung ape'"?"
Anak dah tunjuk muka meluat betul: "Abah, Abah ni tak dengar ke buat-buat tak dengar? Apa lagi yang Abah nak saya cakapkan? Burung murai, burung murai tu bah.
Ayah tersenyum sambil menyerahkan coretan arwah ibu si Anak: "Nah, kau baca apa yang mak kau tulis..."
(Anak menyambut dan membelek buku nota berjudul - Kenanganku - Milik Salmah)
<<<>>>
26 JUN 1976
Ibu mengenangkan rasa bahagia memerhatikan bagaimana si Ayah tak jemu-jemu, malah begitu ceria sekali melayan karenah si Anak yang melontarkan soalan yang sama, berulang-ulang kali:
Anak: "Bah, ni burung apa ni Bah?
Ayah: "Burung murai...
Anak: "Burung ape?
Ayah: "Burung murai nama dia...
Anak: "Burung ape?
Ayah: "Burung murai, sayang...
Anak: "Burung ape?
Ayah: "Burung murai, man..."
(berulang-ulang kali sambil mengembalikan burung murai yang terjatuh semasa cuba terbang kembali ke sarangnya.)
Anak tersentuh dan terus sedar keangkuhannya dan terus memohon kemaafan daripada si Ayah.
Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir & Batin...
OK, dah abis bulan puasa ni, jangan sambung memurai pulak. cakap baik2 na.... don't play2.
Dah abis tersedu, jom bergelak dengan Proton pula (AMARAN: VIDEO TAK SESUAI UNTUK ORANG YANG LEMAH SEMANGAT ATAU YANG RAJIN MEMANDU WAKTU-WAKTU MALAM):
Sedang saya promosikan video-video YouTube ini, saya nak war-warkan projek berkaitan terbaru saya dengan Pusat Penyelidikan Universiti Sains Malaysia (USM) di bawah skim geran Universiti Penyelidikan (RU) untuk mengkomersilkan produk-produk kajian staf-staf dan pelajar-pelajar USM. Nantikan pengumuman tentang hasil kerjasama ini tak lama lagi.... Kalau semuanya berjalan lancar, ada sesuatu yang menarik bakal lahir dari industri ICT Malaysia untuk kemanfaatan sejagat. Doakanlah kejayaan kami, kejayaan Malaysia!
No comments:
Post a Comment