Pesta Penang yang kali ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Badawi pada hari Sabtu yang lalu (1 DEC 2007 - serentak dengan perasmian Pesta Merakyatkan Seni Budaya di Padang Kota) menjanjikan pelbagai program menarik yang dirancangkan untuk sepanjang bulan Disember 2007.
Memandangkan pihak Tourism Penang tidak (boleh) melayan permintaan saya melalui telefon untuk 'flyer' versi digital, dibawah ini hanyalah hasil imbasan untuk kertas yang digumpalkan bersama-sama surat lain dalam peti surat rumah saya hari ini (download dari slideshare.net untuk versi PDF):-
[UPDATE (6pm): Tourism Penang bagaimanapun membalas emel saya beberapa jam kemudian dan menyertakan versi PDF yang lebih baik kualitinya. Terima kasih Siti Hanisah!]
Ini pula ialah lirik untuk lagu promosi Pesta hujung tahun Pulau Pinang yang diadakan setiap tahun:
(hingaq bingaq)
(pasai pa ni? pesta kat mana? bila, bila? dah start dah ka? la awat hang tak habaq!!)
Kalau naik feri kena masuk ikut jeti
Kalau ramai kawan kena masuk ikut jambatan
Jumpa hidung mancung bukan semua pelancong
Combi anak tanjung, anak mami dok Jelutong!
Mailah sini...
Pulau Pinang menanti
Batu Feringgi, Padang Kota,
Naik beca pusing KOMTAR!
Pakat mai sini...
Pulau Pinang satu destinasi
Tengok pulau, Tanjung Tokong,
Pesta Penang Sungai Nibong!
Pestaaa !
Selamat datang ke Pulau Pinang!
hang bagi lirik lagu tu xbetoi.merepek..hang tulih bagi betoi la.apa punya turr..
ReplyDeletetq. dah perbetui dah... ari tu main copy-paste saja, depa silap x sedaq.
ReplyDelete