Sunday, August 26

Hey hey you you Siti! Jangan ciplak...

Sedang dunia muzik masih hangat memperkatakan yang Avril Lavigne, penyanyi punk rock muda yang begitu hangat masa kini telah memplagiat, di negara kita yang sewajarnya merdeka nampaknya, masih belum bersedia memerdekakan diri daripada tabiat memplagiat, jelas dengan lagu terbaru nyanyian seniwati tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza dengan iringian artis-artis popular termasuk pengacara Akademi Fantasia, Aznil Nawawi.

Dalam kes Rubinoos vs Lavigne, Kumpulan Rubinoos menyatakan yang sebahagian kecil lirik kumpulan rock 70-an tersebut diciplak untuk lagu beliau terbaru berjudul "I wanna be your girlfriend" berdasarkan frasa korus yang begitu mirip yakni "I wanna be your boyfriend" yang juga merupakan judul lagu Kumpulan Runinoos. Malah, tempo untuk bahagian lagu tersebut juga, walaupun berbeza kepantasan, agak mirip hingga menggesa kumpulan Rubinoos bertindak menyaman Lavigne baru-baru ini. (Ada juga yang menyatakan bahawa Rubinoos telah menciplak lagu terlebih awal dari Rolling Stones, atau Avril terus dari Rolling Stones).



Lagu berjudul "Warna-Warna Malaysia" yang dipromosikan dengan gahnya oleh stesen TV tempatan termasuk milik kerajaan sendiri untuk meceriakan sambutan kemerdekaan ke-50 dan Tahun Melawat Malaysia 2007 yang baru ini saja digemilangkan dengan acara Citrawarna pula, tampaknya begitu mirip dengan tempo lagu Lavigne yang masih lagi mendominasi pelbagai carta muzik antarabangsa -- termasuk di bahagian rap kedua-dua lagu!

Sebelum ini, Siti pernah membawakan lagu kontemporari Britney Spears. Sekarang, nampaknya terbawa-bawa Avril Lavigne pula, cuma diubah-ubah dan diMalaysiakan keseluruhannya.

Apa sudah jadi dengan komposer tempatan? Sudah kekang idea atau mahu cepat popular tak kena tempat? Apa sudah jadi dengan artis tempatan? Selalu laungkan pembelaan untuk produk ori, tapi, hal keaslian lagu pun kenalah diambil kira, bukan saja fizikal media pengedaran lagu tersebut. Dan Aznil selaku seorang yang begitu dihormati dikalangan artis-artis baru mahupun penggemar muzik kontemporari zaman TV realiti kini, pula tampak begitu gembira melaung-laung dan tumpang menari menyerikan lagu ciplak sebegini?

Bandingkan kedua-dua lagu tersebut:



Avril's whose official version from RCA Records at YouTube has been viewed more than 50-million times.



Datuk SN's that's still building Youtube popularity from the low thousands.

Akhir kata, dalam kita mengejar inovasi dan kepelbagaian kreativiti, jauh-jauhkanlah budaya ciplak yang menghantui pelbagai aspek kesenian dan teknologi selama berdekad-dekad lamanya, mencecah 50 tahun kemerdekaan negara kita ini. Merdekakanlah daya inovasi dan kreatif kita juga...

[Sebab itu juga, saya akan cuba memperbanyakkan karya asal dalam bahasa Melayu dalam blog ini mula sekarang, kerana menurut ucaptama seminar Bahasa Rojak yang saya hadiri di Dewan Bahasa dan Pustaka bulan lepas, kita akan lebih kreatif dan asli dengan cara kita yang unik, yakni lebih berinovasi dengan berfikir dan menulis dalam bahasa kita sendiri berbanding kalau asyik cuba hanya mengadaptasi karya dan hasil kajian dari bahasa asing.]

1 comment:

  1. setuju juga dgn idea ciplak lagu ni. ade bnyk kesamaan terutama dari segi tempo dan susun muzik. mnkgin kbtulan, tp kalau kbtulan, tkkn la sama sgt..kn? ape2, sy lg suka dgn muzik mysia drpd versi asal avril lavigne..:p

    ReplyDelete

Latest Feeds

Pajama Enterprise

Pajama Reading

Latest Malaysia Feeds

Micro Jobs

Pajamanation

Watch this!