Wednesday, November 28

Jom memblog untuk berniaga...

I originally posted this article on ICTpenang Crowdvine, but it was in plain-text format due to Crowdvine's lack of support for rich text (as of yet). Read on... (sorry if you can't understand it -- it's in Malay language).

"Blog" dan pengaruhnya telah hangat diperdebatkan di Amerika Syarikat bermula tahun 2004 apabila ahli politik tempatannya menyelar penulis-penulis blog yang mengkritik kerajaan atau ahli-ahli politik, sambil menyimpulkan bahawa penulis-penulis sedemikian yang hanya menulis sambil berpakaian baju tidur ("pajamas") justeru tidak cukup berwibawa untuk penerimaan orang ramai.

Tidak lama kemudian, pada awal tahun 2007, setelah penulisan dan pembacaan blog menjadi popular di kalangan ratusan juta pengguna Internet ketika itu, rakyat Malaysia pula dijerumuskan dalam kancah perbicaraan media umum (mainstream) apabila ahli-ahli politiknya mula menyelar penulis-penulis blog bersifat "SOPO" (sosio-politik) yang kebanyakannya mengkritik kerajaan. Menteri Penerangan Malaysia pula terus mengemukakan gelaran " goblog" untuk penulis-penulis sedemikian.

Kini, Technorati, sebuah engin gelintar yang menganalisa perkembangan "blogosphere" menganggarkan lebih daripada 100 juta blog yang diselia oleh puluhan juta penulis-penerbit (tidak termasuk lebih 250 juta laman media sosial seperti profil Facebook, Myspace, Friendster, LinkedIn dsb.), yakni lebih kurang SATU penulis blog setiap SEPULUH pengguna Internet, menjadikan kumpulan penerbitan ini sebagai yang terbesar dalam sejarah peradaban manusia berbanding dengan penerbitan makalah-makalah lain seperti suratkhabar ataupun majalah dan jurnal.

Kalau dikira ribuan emel-emel yang telah saya hantarkan ke pelbagai kumpulan elektronik (di platform Compuserve, Prodigy, AOL, BBS, FTP, Usenet, Web Egroups dsb.) sejak dari tahun 1992 dan pelbagai penulisan di laman Web sejak tahun 1993, mungkin saya boleh digolongkan dalam kumpulan puluhan ribu "blogger" yang pertama di dunia. Begitupun apa yang membezakan blog dan karya-karya lain yang diterbitkan dalam ruang sesawang ialah kekerapan dan formatnya -- blog memerlukan disiplin yang tinggi untuk tukang karya agar sentiasa menulis sekurang-kurangnya sekali seminggu, dan dipaparkan berbentuk diari atau penerbitan makalah formal, seperti akhbar atau majalah, lengkap dengan tarikh dan keupayaan carian sama ada menggunakan kata-kata kunci (keywords) tertentu atau label ("tags"). Menyedari tren sebegini, walaupun agak lambat, saya sendiri telah mula menyelia beberapa blog secara serius sejak awal tahun ini. [Saya mula menggunakan aplikasi khusus untuk pemblogan termasuklah blogger.com dan LiveJournal seawal tahun 2000]

Hari ini, blog bukanlah hanya media penerbitan anak-anak walaupun kebanyakan blog bersifat sedemikian. Penulis blog popular seperti Michael Arrington di laman Techcrunch.com, cukup dihormati dan diikuti oleh jutaan pembaca termasuk lebih 600,000 pengguna Internet yang melanggan penulisan beliau dan ahli-ahli kumpulannya melalui sindikasi RSS - bandingkan dengan langganan akhbar The Star atau New Straits Times misalnya yang kurang daripada separuh jumlah tersebut! Contoh lain untuk blog popular termasuklah laman engadget, gizmodo, Huffington Post (oleh Arianna Huffington), Pete Cashmore's Mashable.com, BoingBoing, TMZ (celebrity sightings) dan Chris Pirillo (bekas hos program-program di TechTV).

Malah, beberapa penulis blog di Malaysia mampu menjadikan aktiviti sebegini sebagai kerjaya profesional mereka dengan penulis-usahawan terkenal seperti Liew Choon Foong, Gobala Krishnan, Samsul Zamzuri, Kenny Sia dan Chan Lilian yang mampu menjanakan pendapatan lima angka (RM) setiap bulan daripada sumber pengiklanan dan penulisan berbayar di blog masing-masing.

Jika diamalkan secare efektif, blog boleh dijadikan sebuah alat yang cukup berkuasa untuk perniagaan anda. Lihat saja bagaimana beberapa ahli perniagaan dan teknokrat terkemuka seperti Jonathan Schwartz (Sun Microsystems), Joichi Ito (Creative Commons), Bob Parsons (Godaddy - syarikat penghosan Web terbesar di dunia), Tim O'Reilly dan Tim Berners Lee menggunakan blog sebagai alat untuk meningkatkan kesetiaan pelanggan atau pembaca serta menambah pelangan-pelanggan baru. Di Malaysia pula, kita ada Tengku Zafrul (Ketua Pegawai Eksekutif Tune Money -- anak syarikat Air Asia Group), Timothy Tiah (CEO of Penang-based NuffNang Malaysia, yang mana beliau bersama-sama dengan pengasas syarikat yang sama tapi berpejabat di Singapura, dinamakan oleh majalah terkemuka BusinessWeek sebagai sebahagian daripada 25 Usahawan Muda Terbaik di Asia) dan sudah tentu, Nasir Sobri (oops, I only maintain a company blog, not a personal one, yet -- not ready to be so bold yet).


Sudahkan ada blog?


Pernahkah anda membaca blog? (Anda sedang membacanya di saat ini!).

Apakah itu blog sebenarnya? Mari kita rujuk Wikipedia untuk mengetahui apakah yang pengguna Internet katakan tentang blog:-

Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.

Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik , atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian . Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto ( blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio ( podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.

Istilah "blog" merupakan kata lakur untuk perkataan "web" dan "log" (Web log). "Blog" juga boleh digunakan sebagai kata kerja yang membawa pengertian "untuk memeliharakan atau menambahkan isi kandungan ke dalam blog."


Jadual isi kandungan

Sejarah

Babad, buku Commonplace, buku harian, perzin and persatuan akhbar amatur boleh dilihatkan sebagai pendahulu-pendahulu blog. Sebelum blog menjadi popular, terdapat banyak bentuk komuniti-komuniti digital, termasuk:

Pada dekad 1990-an, perisian forum internet seperti WebEx mencipta perbualan selari dengan "bebenang". Bebenang merupakan hubungan topik antara perutusan-perutusan pada " papan gabus" metafora. Sesetengah orang telah mempersamakan blog dengan gerakan Mass-Observation yang diasaskan pada tahun 1937 di United Kingdom.

1983-1990 (Pra-HTTP)

Usenet ialah perantara bersiri yang utama yang terangkum dalam takrif Jaringan Sejagat (WWW) yang asal. [3] Ia menonjolkan Kumpulan Berita Tersederhana yang membenarkan semua pengeposan dikawal oleh seorang individu atau sekumpulan pengguna yang kecil. Kebanyakan kumpulan berita tersebut hanya merupakan forum-forum perbualan tersederhana. Bagaimanapun pada tahun 1983-94, satu kekecualian, iaitu mod.ber telah dicipta, dikendalikan, dan dinamai sempena Brian E. Redman. Secara tetap, Redman dan beberapa rakannya akan mengeposkan ringkasan pos-pos dan bebenang-bebenang yang menarik dari laman- laman web yang lain dalam internet. Dengan gaya penerbitan jurnal bersiri, kehadiran dalam jaringan pra-HTTP, serta persamaan yang rapat dengan bentuk blog kini yang biasa — ia menonjolkan pautan ke laman-laman web yang menarik yang dipilih oleh pengguna blog — mod.ber mempunyai banyak ciri yang biasanya dikaitkan dengan istilah Blog. Walaupun demikian, mod.ber menamatkan operasinya selepas lebih kurang 8 bulan.

1994–2001

Blog moden berkembang daripada buku-buku harian dalam talian yang digunakan untuk menyimpan huraian selari tentang kehidupan-kehidupan peribadi mereka. Kebanyakan penulis ini merujuk kepada diri sendiri sebagai penulis diari, wartawan, atau penulis jurnal, dengan sebilangan kecil memanggil diri sendiri sebagai " eskribisionis" (escribitionist).

Gelang laman web (webring) Halaman-halaman Terbuka merangkumi ahli-ahli komuniti jurnal dalam talian. Justin Hall yang menggunakan blog peribadi sejak dari tahun 1994 ketika masih belajar di Kolej Swarthmore umumnya dianggap sebagai salah satu pengguna perintis blog yang awal, [4] bersama-sama Jerry Pournelle.

Bentuk-bentuk jurnal yang lain juga wujud dalam talian. Satu contoh yang terkenal ialah jurnal John Carmack , seorang pengaturcara permainan. Jurnalnya yang diterbitkan melalui protokol jari telah dibaca secara meluas. Laman-laman web, baik laman korporat mahupun laman peribadi, masih kerap kali menonjolkan bahagian-bahagian "Berita" atau "Berita Terkini", seringnya di dalam laman utama masing-masing dan disisihkan mengikut tarikh. Salah satu "weblog" berasaskan berita ialah Laporan Drudge yang diasaskan oleh Matt Drudge. Drudge menggelar diri sebagai pemberita pengingkar walaupun beliau jelas tidak suka akan pengelasan ini. Lagi satu contoh ialah Institut untuk Ketepatan Awam yang mula mengeposkan siaran-siaran berita yang menonjolkan petikan-petikan berita seperenggan daripada laman-laman web yang lain banyak kali seminggu mulai dari tahun 1998. Satu contoh pendahulu yang awal yang patut diberikan perhatian ialah laman web peribadi gurauan Kibo, legenda Usenet yang sentiasa dikemaskinikan.

Weblog-weblog yang awal hanya merupakan komponen-komponen laman web biasa yang dikemaskinikan secara manual. Bagaimanapun, pengembangan alat-alat untuk memudahkan penghasilan dan pemeliharaan rencana-rencana web yang diposkan mengikut tertib kronologi terbalik menyebabkan proses penerbitan boleh dilaksanakan oleh lebih banyak orang yang kurang mahir dari segi keupayaan teknikal. Ini akhirnya menyebabkan sebuah kelas penerbitan dalam talian yang terdiri yang menerbitkan apa yang diakui sebagai blog pada hari ini. Umpamanya, penggunaan perisian berasaskan pelayar kini merupakan suatu aspek "pemblogan" yang biasa. Blog-blog boleh dihoskan, baik oleh perkhidmatan- perkhidmatan pengehosan blog yang khusus, mahupun melalui perisian blog, seperti WordPress, Movable Type, blogger atau LiveJournal, atau dalam perkhidmatan-perkhidmatan pengehosan web yang tetap seperti DreamHost.

Istilah "weblog" dicipta oleh Jorn Barger pada 17 Disember 1997, manakala singkatannya, "blog," dicipta oleh Peter Merholz yang secara bermain-main memecahkan perkataan weblog menjadi frasa we blog di palang sisi blognya, Peterme.com pada April atau Mei 1999. [5][6] [7] Ini dengan pantasnya diterima, baik sebagai kata nama mahupun sebagai "kata kerja" dalam bahasa Inggeris ("to blog," bermaksud "mengedit weblog atau mengeposkan perutusan ke dalam weblog").

Selepas sebuah permulaan yang lambat, pemblogan dengan pantasnya mencapai kepopularan: laman web Xanga yang dilancarkan pada tahun 1996 hanya mempunyai 100 kemasukan menjelang 1997, tetapi melebihi 20 juta pada bulan Disember 2005. Penggunaan blog meledak pada tahun 1999 dan selepas nya, dipopularkan lagi ketibaan-ketibaan hampir serentak alat-alat blog pengehosan yang awal:

  • Open Diary yang dilancarkan pada Oktober 1998 tidak lama kemudian berkembang sehingga beribu-ribu kemasukan dalam talian. Open Diary membuat pembaharuan kepada ulasan pembaca dan menjadi komunit blog yang pertama yang para pembaca boleh menambahkan ulasan mereka pada kemasukan blog penulis yang lain.

  • Brad Fitzpatrick, seorang pengguna blog yang terkenal memulakan LiveJournal pada bulan Mac 1999.

  • Andrew Smales mencipta Pitas.com pada bulan Julai 1999 sebagai pilihan yang lebih mudah untuk mengendalikan "laman berita" dalam laman web. Ini diikuti oleh penciptaan Diaryland pada bulan September 1999 yang lebih menumpukan pada komuniti diari peribadi. [8]

  • Evan Williams dan Meg Hourihan (Pyra Labs) melancarkan blogger.com pada bulan Ogos 1999 (dibeli oleh Google pada bulan Februari 2003).

Pemblogan menggabungkan laman web peribadi dengan alat-alat untuk memudahkan perpuatan ke halaman-halaman dalam talian. — khususnya permalink, blogroll dan TrackBack. Ini, bersama-sama dengan enjin carian blog membolehkan pengguna blog untuk menjejaki bebenang-bebenang yang menghubungkan mereka kepada orang-orang lain yang mempunyai minat yang sama.

Bacaan tambahan

  • Alavi, Nasrin. We Are Iran: The Persian Blogs, Percetakan Soft Skull, New York, 2005. ISBN 1-933368-05-5 .
  • Bruns, Axel, dan Joanne Jacobs, ed. Uses of Blogs, Peter Lang, New York, 2006. ISBN 0-8204-8124-6 .
  • Kline, David; Burstein, Dan. Blog!: How the Newest Media Revolution is Changing Politics, Business, and Culture, Squibnocket Partners, L.L.C., 2005. ISBN 1-59315-141-1.

Rujukan

  1. Blogosphere melihatkan pertumbuhan yang sihat.. (2006-11-08). Dicapai pada 2007-03-15.
  2. Istilah "e-log" telah digunakan untuk menghuraikan kemasukan jurnal yang dihantar melalui emel sejak dari seawal Mac 1996. Norman, David (2005-07-13), Pengguna dikelirukan oleh blog, < http://lists.drupal.org/archives/development/2005-07/msg00208.html> (retrieved on 2007-Feb-20), Para kakitangan dan pelajar penyelidikan mengalu-alukan 'E-Log'. Kolej Universiti London: (Disember 2003). Dicapai pada 2007-02-20.
  3. Berners-Lee Tim. Jaringan Sejagat: Cadangan untuk sebuah Projek HiperTeks. Dicapai pada 2007-03-22.
  4. Harmanci Reyhan (2005-02-20). Masa dah tiba untuk memeriahkan kehidupan anda — Justin Hall, pengguna perintis blog, berundur pada umur 31 tahun. San Francisco Chronicle. Dicapai pada 2006-06-09.
  5. " It's the links, stupid", The Economist, 2006-4-20. Retrieved on 2006-07-21.
  6. Merholz Peter (1999). Peterme.com. The Internet Archive. Dicapai pada 2006-07-21.
  7. Kottke Jason (August 26, 2003). kottke.org. Dicapai pada 2006-07-21.
  8. Jensen, Mallory A Brief History of Weblogs

Pautan luar


.

Panjangnya...! ;)

Macammana nak bermula? Anda boleh menggunakan alat yang anda sedang tatapi sekarang ini untuk menyumbangkan karya anda (sebagai latihan atau secara langsung) dengan mengemukakan penulisan tentang berita, acara, pengumuman, pantun, cerpen, sajak, artikel ilmiah atau apa saja...

Untuk tujuan peribadi atau komersil, bolehlah bermula dengan menggunakan khidmat percuma Blogger.com -- Saya berpeluang berjumpa dengan Evan Williams, salah seorang daripada pengasas Blogger.com semasa Web2Expo Tokyo baru-baru ini ;) [blogger.com bagaimanapun telah dipindah milik kepada syarikat gergasi Google, dan beliau kini mempelopori produk terbaru, Twitter.com - alat untuk pemblogan mikro]

Jika anda sudah bersedia untuk memblog secara profesional, bolehlah menggunakan perisian seperti WordPress (sumber terbuka percuma) atau perisian komersil lain sama ada dihoskan sendiri atau dihoskan oleh penyedia komersil (ASP). (psst... 1oasis.net)

Untuk penggemar telefon bimbit, mungkin boleh selia "moblog" seperti yang dipelopori oleh Joi Ito - sempat juga saya jumpa Mr Ito di Tokyo baru-baru ini, dan kami telahpun menjemput beliau ke Malaysia (sedang tunggu pengesahan sama ada dia akan datang ke Kuala Lumpur bulan depan atau tidak).

Selamat berkarya!

No comments:

Post a Comment

Latest Feeds

Pajama Enterprise

Pajama Reading

Latest Malaysia Feeds

Micro Jobs

Pajamanation

Watch this!